fbpx

Lelaki kena serangan jantung maut rempuh dua kenderaan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan dipandu mangsa selepas terlibat kemalangan dengan dua kenderaan lain di Jalan Teratai, Felda Bukit Aping Barat, Kota Tinggi malam semalam.

KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu bertembung dua kenderaan lain dalam kemalangan berlaku di Jalan Teratai, Felda Bukit Aping Barat di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.25 malam itu mangsa, Sazali Mohd. Razak, 46 disyaki mengalami serangan jantung ketika memandu kenderaannya sebelum terbabit kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dalaman.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu kereta Proton Saga yang dipandu mangsa, sebuah kereta Proton Wira serta sebuah van jenis Toyota Hiace yang diletakkan di kawasan parkir rumah.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu mangsa bertembung dengan dua kenderaan lain di lokasi kejadian.

“Ekoran itu mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik Hospital Kota Tinggi untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI