fbpx

CWC: Bayern fokus teruskan kemaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Bayern semakin selesa bermain dengan gaya bola sepak Kompany menyebabkan mereka yakin mampu mengatasi Flamengo. - AFP

MIAMI – Bayern Munich yang akan buat perhitungan menentang Flamengo di Stadium Hard Rock, awal pagi esok dan memiliki peluang seimbang untuk memburu slot ke suku akhir Piala Dunia Kelab.

Data terkumpul ketika ini menyaksikan kedua-dua pasukan mempunyai pendekatan sama, apabila kedua-dua jurulatih, Filipe Luis (Flamengo) dan Vincent Kompany (Bayern Munich) gemar menggunakan corak tekanan tinggi.

Walaupun tewas kepada Benfica pada aksi peringkat Kumpulan C, pengendali Bayern, Vincent Kompany bertegas semua itu sudah menjadi sejarah dan fokus kini dialihkan kepada perhitungan dengan Flamengo.

“Kami akan bermain menentang Flamengo dan kami tidak akan ambil perkara negatif daripada perlawanan dengan Benfica. Kami tahu kami cukup dominan dan mencipta banyak peluang, tetapi ketika itu kami gagal jaringkan gol.

“Jadi, sekarang kami tidak boleh biarkan perkara sama berulang. Untuk saya, kami sudah ada momentum terbaik sebelum menghadapi cabaran dalam perlawanan selepas ini,” katanya.

Para pemain Bayern semakin selesa dengan pendekatan Kompany yang mengarahkan pasukannya bermain di garisan lebih tinggi dan ia dijangka akan beri manfaat besar kepada persembahan pasukan.

Pemain sayap Bayern, Kingsley Coman menjelaskan Kompany sudah menerangkan dengan cukup baik tentang idea yang dimahukannya dan pemain nyata sudah masak dengan pendekatannya.

“Kompany menerangkan ideanya tentang bola sepak dan apa yang dia harapkan daripada pemain. Kami sudah biasa bermain di garisan tinggi ketika Liga Juara-Juara 2019/20 dan hasilnya kami jarang diserang,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI