fbpx

‘Hina orang nombor satu, terpaling suci dan ahli syurga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RITA tampil membidas segelintir pihak yang disifatkan terpaling suci, gemar menghina wanita tidak bertudung sepertinya.

PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini menyelar sikap segelintir individu yang suka menghakimi kehidupan orang lain dan berterusan mengkritik penampilannya yang tidak berhijab dan serta menutup aurat sepenuhnya.

Ujar Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 49, manusia khususnya golongan ibu bapa tidak seharusnya terlalu cepat menghukum orang lain hanya berdasarkan luaran seseorang.

“Inilah realiti segelintir ibu bapa ulul albab (sekolah) yang rasa diri terpaling suci dan ahli syurga.

“Hina orang nombor satu, lebih baik buka tudung itu. Merekalah pemegang kunci syurga layaknya, asyik kira dosa orang,” katanya dalm Instagram Story.

Tegas pelakon Mami Jarum Junior itu, memakai tudung tidak wajar dijadikan topeng malah bukannya lesen untuk menghina atau mengumpat orang yang belum menutup aurat dengan sempurna.

“Pakai tudung pun buat apa mak cik, kalau mulut itu asyik mengumpat orang.

“Terpaling tudung labuh ibu bapa ulul albab ni,” ujarnya lagi.

TANGKAP layar penghinaan yang diterima Rita daripada seorang wanita berhubung imej tidak bertudungnya.

Sebelum ini, ada wanita mempersoalkan tindakan Rita yang masih belum bertudung, selain mempertikai bagaimana aktres itu akan menjelaskan kepada anak-anak tentang penampilan sebegitu kelak.

Tidak berdiam, ibu tunggal dua anak itu memilih untuk membalas secara sinis dengan menyindir sikap sesetengah individu, khususnya golongan ibu bapa yang menyangka diri lebih baik daripada orang lain.

Reaksi Aktres Pembantu TV Popular, Anugerah Bintang Popular ke-36 (ABP36) itu turut mengundang sokongan ramai pengikutnya yang menganggap tindakan tersebut sebagai wajar dan tepat pada masanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI