fbpx

Tindakan halau jemaah bukan persetujuan kami – AJK Musolla 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan dikeluarkan oleh AJK Musolla Halaman 11 susulan seorang lelaki yang tular didakwa dihalau seorang wanita daripada penggunakan fasiliti itu.

PETALING JAYA – Ahli Jawatankuasa (AJK) Musolla Halaman 11, Telok Panglima Garang menegaskan tindakan wanita menghalau seorang individu menggunakan fasiliti surau bukannya atas persetujuan pihak mereka.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan di Facebook Musolla Halaman 11, pihak berkenaan telah berjumpa dengan pengurusan badan pengurusan bersama (JMB) bagi menyelesaikan keadaan.

“AJK Musolla amat mengharapkan kehadiran sesiapa sahaja bagi mengimarahkan musolla (surau). Tindakan menghalau amat kami kesali dan kami bantah sekeras-kerasnya.

“Pendirian kami jelas, musolla boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk beribadat atau berehat sebentar. Tindakan untuk kunci musolla sama sekali tidak akan berlaku,” katanya hari ini.

Pihak terbabit menjelaskan, bil elektrik dan air juga ditanggung musolla hasil infak orang awam.

“Status musolla sebagai harta bersama penduduk adalah benar. Namun untuk tujuan ibadah, AJK tetap buka kepada semua.

“Seperti sedia maklum, bagi memasuki kawasan Halaman 11 perlu melepasi palang (untuk jemaah luar kawasan H11). Ada prosedur keselamatan yang perlu dibuat sebelum masuk.

“Akhir kata, ayuh sebarkan kebaikan dan sama-sama menjaga keharmonian. Jika ada sebarang persoalan boleh terus berhubung dengan AJK,” ujarnya.

Sementara itu, hantaran terkini di Facebook tersebut memaklumkan, perakam yang merakam insiden tersebut bukannya AJK surau berkenaan.

Kosmo! melaporkan, tindakan seorang wanita menegur seorang jemaah lelaki yang sedang beribadah di sebuah surau mencuri perhatian ramai.

Menerusi video tular, tindakan wanita itu yang meminta jemaah beredar walaupun datang untuk solat dianggap tidak wajar dan bertentangan dengan peranan surau sebagai tempat ibadah umat Islam.

Malah, alasan yang diberikan wanita tersebut dipercayai berlaku kes kecurian di surau tersebut baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI