fbpx

Alex Marquez nafi beri layanan istimewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEX ketika ini ketinggalan 40 mata di belakang Marquez dalam perebutan kejuaraan dunia musim ini. - AFP

ASSEN, BELANDA – Pelumba Gresini Racing, Alex Marquez menegaskan dia tidak pernah memberi layanan istimewa kepada abangnya, Marc Marquez dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Alex yang kini berada di kedudukan kedua keseluruhan di belakang Marquez dengan perbezaan 40 mata, menyedari banyak pihak cuba mewujudkan suasana tegang antara mereka berdua bagi mencetuskan persaingan adik-beradik di litar.

Menurutnya, spekulasi yang cuba dicetuskan dalam garaj pasukannya itu tidak berasas.

“Ada pihak luar cuba mencipta konflik atau perbalahan antara saya dan Marc. Ini sesuatu yang orang ramai mahu lihat, pertarungan antara dua beradik.

“Sebagai adik-beradik, kami sudah terbiasa bersaing sejak kecil. Kami saling berlumba sepanjang hidup kami, sudah tentu saya mahu menewaskannya dan berada di hadapan.

“Namun, ini tidak bermakna hubungan kami akan berubah,” katanya dalam sidang akhbar menjelang Grand Prix (GP) Belanda di Litar Assen hujung minggu ini.

Mengulas dakwaan bahawa dia membuka laluan mudah buat Marquez, Alex menafikan perkara itu, sebaliknya dia tidak mempunyai peluang untuk berbuat demikian.

“Saya tidak menyerangnya kerana saya tidak sempat sampai ke posisi terbaik. Kadang-kala dia berkelebihan satu atau dua per sepuluh saat setiap pusingan, jadi saya tiada peluang untuk memotong. Saya sentiasa berada di had dan perlu berlumba secara bijak.

“Strategi kami gunakan setakat ini juga tidak teruk. Buat masa ini, saya satu-satunya pelumba yang dapat mengikut rentaknya. Pelumba ketiga, Pecco (Francesco Bagnaia) sudah terlalu jauh,” jelas Alex. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI