fbpx

Kes bunuh Maniishapriet: Tiga suspek ditahan kurang 48 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga suspek terbabit tiba di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini bagi permohonan reman berhubung kes penuntut IPTS dibunuh di Cyberjaya. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Polis menahan tiga suspek termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pelajar universiti di Cyberjaya, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, tangkapan dilakukan di sekitar Johor Bahru, Johor dan Gemencheh, Negeri Sembilan.

Katanya, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan IPD Sepang melakukan serbuan di antara pukul 9 pagi semalam hingga 2 pagi tadi.

“Ketiga-tiga suspek berusia 19 dan 20 tahun itu dipercayai kenalan mangsa.

“Kejayaan tangkapan itu katanya dibuat dalam tempoh 48 jam selepas laporan diterima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang pagi ini untuk mendapatkan perintah reman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta berkongsi maklumat yang tidak benar sehingga boleh menjejaskan siasatan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang penuntut sebuah universiti di Cyberjaya ditemukan maut dipercayai dibunuh.

Norhizam dilaporkan berkata, mangsa dikenali sebagai Maniishapriet Kaur Akhara, 20, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Terdapat kesan kecederaan pada di bahagian kepala mangsa. Namun hasil pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang kesan pecah masuk di unit kediaman mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI