fbpx

Fasha ‘sarung’ baju tunang, terima anugerah Pingat Jasa Baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fasha menerima Pingat Jasa Baik (PJB) bersempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis semalam.

PETALING JAYA – Melakar sejarah peribadi, pelakon Fasha Sandha menerima Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau, Perlis semalam.

Bersyukur atas penganugerahan tersebut, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 41, menzahirkan terima kasih kepada keluarga dan peminat yang banyak memberi sokongan sehingga layak meraih Pingat Jasa Baik (PJB).

“Memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinan dan kurniaan-Nya. Saya adalah anak kelahiran Johor Bahru dan dibesarkan di Perlis selama 12 tahun.

“Hari ini adalah hari bersejarah buat saya atas anugerah dihadiahkan Istana Perlis Indera Kayangan di Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Perlis Kali ke-2 sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-82, Duli Yang Maha Mulia uanku Syed Sirajuddin Ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail.

“Terima kasih suami tercinta, mama, anak-anak, keluarga dan peminat yang sentiasa mendoakan kejayaanku,” katanya dalam hantaran Instagram.

Mengakui banyak kelemahan diri, pelakon drama Rampas Cintaku itu menjadikan penganugerahan tersebut sebagai pembakar semangat ke arah menjadi individu lebih baik pada masa akan datang.

“Menjunjung kasih Tuanku di atas PJB ini. Patik ini banyak kelemahan dan kekurangannya berbanding kelebihan.

“Insya-Allah anugerah ini patik jadikan sebagai penyuntik semangat untuk menjadi insan lebih baik,” ujarnya lagi.

Pada majlis itu, Fasha yang ditemani suaminya, Aidil Aziz menggayakan baju kurung rona ungu yang merupakan busana pertunangannya tujuh tahun lalu.

Lebih istimewa, penampilannya dilengkapi dengan sepasang kasut tumit tinggi hadiah daripada suami tercinta.

“Pakai baju lama, baju masa tunang. Nasib ada baju 2018 Rizman Ruzaini.

“Selendang dari Rumah Kebaya Bangsar dan kasut hadiah daripada suami tercinta, I love you (saya cinta awak) suami,” jelasnya.

Selain Fasha, pelakon Rita Rudaini dan Ezany Nizariff antara selebriti yang menerima PJB di Istana Arau, Perlis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI