fbpx
Antara dadah yang berjaya dirampas polis melalui dua serbuan di lokasi berasingan semalam.

Ibu, anak aktif sebagai tokan dadah dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rangkaian sindiket pengedaran dadah yang melibatkan dua beranak tumpas selepas kedua-duanya berjaya diberkas polis di Jalan Gasing, PJS 10 di sini semalam.

Kedua-dua suspek yang merupakan ibu dan anak masing-masing berusia 25 dan 49 tahun itu dicekup kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, mereka dicekup ketika pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik melancar operasi dan serbuan di lokasi berkenaan.

“Semasa serbuan, polis berjaya merampas 40 peket plastik disyaki dadah jenis heroin dan dua peket plastik disyaki dadah jenis Syabu serta sebuah kereta jenis Hyundai Atos.

“Soal siasat mendapati dua beranak itu bergiat aktif sebagai tokan di kawasan Lembah Klang lebih kurang setahun lalu,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan rekod lampau mendapati suspek lelaki mempunyai tujuh rekod manakala suspek wanita pula tiga rekod masing-masing berkait dengan dadah.

Ujar beliau, berdasarkan maklumat risikan daripada serbuan pertama, polis sekali lagi membuat serbuan dan berjaya memberkas seorang tokan dadah di kawasan Sungai Way kira-kira pukul 8.30 malam pada hari yang sama

“Suspek yang berusia 22 tahun itu disyaki ahli dalam sindiket pengedaran dadah dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI