fbpx

Kelindan maut, dua pemandu selamat dalam nahas dua kenderaan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam melakukan tugas mengangkat mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 79.9 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran Ayer Hitam, Batu Pahat pagi hari ini.

BATU PAHAT – Seorang lelaki yang juga kelindan maut selepas lori lima ton dinaikinya terlibat nahas dengan sebuah treler di Kilometer 79.9 Lebuhrya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran Ayer Hitam di sini pagi hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan II Nazrul Rahman Rosdi berkata, kejadian kira-kira pukul 8.55 pagi itu melibatkan sebuah lori lima ton yang membawa aksesori tandas dan treler jenis loader membawa muatan mixer.

Katanya, sebaik sampai di lokasi kejadian, pihaknya mendapati kejadian melibatkan tiga mangsa iaitu pemandu treler berusia 34 tahun, pemandu lori 40 tahun manakala kelindan kepada lori berusia 26 tahun.

“Kedua-dua pemandu lori dan treler selamat namun kelindannya meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

“Anggota pasukan membantu mengangkat mangsa daripada lokasi kejadian setelah disahkan meninggal dunia oleh anggota KKM yang datang sejurus kejadian berlaku dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut beliau lagi, seramai enam orang anggota bersama sebuah jentera FRT telah dikejarkan ke lokasi kemalangan sebaik menerima maklumat kejadian pukul 8.58 pagi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI