fbpx

Duda ambil nyawa sendiri kecewa tunang minta putus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG duda ditemui tidak bernyawa selepas bertengkar dengan tunangnya di sebuah pangsapuri di Sungai Putat, Melaka, semalam.

MELAKA – Seorang duda ditemukan maut selepas tunangnya meluahkan hasrat untuk memutuskan hubungan mereka dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Sungai Putat di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian pada pukul 4.40 petang itu berlaku selepas mangsa berusia 39 tahun bertengkar dengan tunangnya kerana cemburu.

“Pada pukul 4.30 petang, si mati dan tunangnya yang berusia 31 tahun bertengkar. Wanita itu masuk ke dalam bilik sebelum keluar semula 30 minit kemudian dan mendapati tunangnya sudah tidak bernyawa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terkejut dengan kejadian itu, wanita tersebut segera meminta bantuan daripada jiran dan menghubungi pihak polis.

“Pemeriksaan polis di lokasi menemukan mangsa di lantai bilik utama.

“Hasil soal siasat, tunang si mati memaklumkan lelaki itu tertekan selepas dia menyatakan hasrat mahu memutuskan pertunangan mereka,” katanya.

Tambahnya, si mati yang bekerja sebagai tukang masak menetap di rumah itu bersama tunangnya dan dua lagi abang wanita terbabit sejak awal Mac lalu.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Melaka untuk dibedah siasat. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI