fbpx

Tiada kesesakan luar biasa di KLIA, penerbangan ke Doha dilaporkan ‘lewat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Tiada kesesakan luar biasa dilaporkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini susulan penutupan ruang udara beberapa negara akibat konflik Iran-Israel.

Tinjauan Kosmo! di Balai Pelepasan KLIA hari ini mendapati keadaan terkawal dengan operasi penerbangan berjalan seperti biasa.

Berdasarkan skrin jadual pelepasan, terdapat beberapa penerbangan terutama ke Doha dipaparkan ‘lewat’, manakala laluan ke Jeddah pula dibuka seperti biasa.

Selain itu, tinjauan pada pukul 4 petang tadi pula mendapati tiada kumpulan jemaah umrah berkumpul di tingkat 5 terminal itu.

Media sebelum ini melaporkan, sekumpulan jemaah umrah terkandas di KLIA selepas penerbangan ke Jeddah dibatalkan pada saat-saat akhir

Difahamkan, pembatalan itu dipercayai berpunca daripada tindakan beberapa negara Teluk menutup ruang udara sebagai langkah berjaga-jaga susulan serangan Iran ke atas pangkalan tentera Amerika di Qatar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI