fbpx
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran berlaku di Lorong Tasek Gelugor, hari ini.

Penghuni cemas tiga rumah teres di Tasek Gelugor terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Penghuni di kawasan perumahan teres di Lorong Tasek Gelugor Utama di sini dikejutkan dengan kejadian kebakaran melibatkan tiga buah kediaman, pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika rata-rata penghuni di situ dikatakan sedang nyenyak tidur, kira-kira pukul 4.52 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, operasi pemadaman melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor dengan bantuan BPP Kepala Batas serta BBP Penanti.

Menurutnya, kebakaran melibatkan tiga buah rumah teres kelas A dengan melibatkan lima buah kereta dan empat motosikal.

“Anggaran peratusan kemusnahan rumah bernombor 1 adalah sebanyak lima peratus pada bahagian dapur dan kejadian turut melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang musnah 90 peratus.

“Rumah bernombor 3 pula musnah 80 peratus melibatkan bahagian hadapan, ruang tamu dan dapur. Kebakaran turut melibatkan dua buah kereta dan tiga motosikal musnah bagi setiap unit.

“Bagi rumah bernombor 5, anggaran kebakaran adalah 15 peratus di bahagian hadapan rumah. Kebakaran iturut melibatkan dua buah kereta yang musnah 90 peratus dan 30 peratus serta sebuah motosikal,” katanya di sini, hari ini.

“Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Pasukan Forensik Bomba,” jelasnya operasi tamat sepenuhnya pada pukul 9.45 pagi tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI