fbpx

Malaysia Airlines terus operasi, semua penerbangan tertakluk penilaian risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) akan meneruskan operasi dengan semua penerbangan syarikat itu tertakluk kepada penilaian risiko berterusan berikutan ketegangan serantau yang tercetus di beberapa bahagian ruang udara Asia Barat.

Malaysia Airlines berkata, syarikat penerbangan itu kekal berpandukan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan pihak berkuasa penerbangan global lain bagi memastikan keselamatan ruang udara yang digunakan dalam operasi mereka.

“Semua laluan penerbangan dinilai menggunakan risikan masa nyata, laporan keselamatan global, Notis kepada Anak Kapal Udara (NOTAM) serta pemantauan berterusan melalui Sistem Pemantauan Penerbangan berkemampuan SATCOM syarikat.

“Malaysia Airlines kekal berwaspada dan akan melaksanakan sebarang pelarasan operasi yang perlu termasuk penukaran laluan atau penggantungan penerbangan sekiranya keadaan memerlukan,” katanya hari ini.

Malaysia Airlines berkata, keselamatan penumpang dan anak kapal sentiasa menjadi keutamaan tertinggi syarikat penerbangan berkenaan.

Sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa termasuk Turkish Airlines, Singapore Airlines, Swiss, Air France dan Lufthansa menggantung beberapa penerbangan ke Asia Barat susulan konflik yang tercetus di rantau itu.

Semalam, Kedutaan Malaysia di Doha, Qatar dimaklumkan oleh Kementerian Luar Nageri Qatar mengenai penutupan sementara ruang udara Qatar.

Penutupan itu bertujuan memastikan keselamatan penerbangan keluar dan masuk ke Qatar.

Hari ini, Kedutaan Besar Malaysia di Doha, Qatar memaklumkan bahawa ruang udara di negara itu telah dibuka semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI