fbpx

PTKL 2040 rombakan besar pembangunan ibu negara – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Tempatan Kuala Lumpur (PTKL) 2040 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini. Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menegaskan Peluncuran Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL 2040) adalah permulaan rombakan besar dalam perancangan pembangunan di ibu negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelan itu yang sebelum ini tertangguh lama akibat pandemik Covid -19 kini lebih terangkum dan memenuhi konsep manusiawi seperti yang digariskan di bawah konsep Malaysia Madani.

Malah kata beliau, PTKL 2040 turut mengetengahkan pemikiran baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan keperluan baharu lain dengan ia turut mengambil kira kepentingan rakyat terutama golongan B40 dan M40.

“Kebiasaannya pembangunan bandar itu meletakkan pembangunan rakyat hanya satu kelompok, terasing dan semua kemudahan atau keselesaan itu tertumpu kepada kelompok tertentu.

“Tiada salahnya pendekatan itu, tapi ia harus lebih terangkum, barulah ada makna manusiawi mengikut falsafah Madani.

“Saya percaya selepas peluncuran PTKL 2040 ini, bukan saja pegawai dan pimpinan politik, tapi korporat serta pengusaha utama dalam membangunkan (Kuala Lumpur) harus mengambil kira (pendekatan ini),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran PTKL 2040 di Dewan Perdana Mustika Institut Latihan DBKL di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI