fbpx

Heung-min tidak relevan lagi di EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN dikatakan sudah tidak mampu beraksi di tahap tertinggi seperti EPL berdasarkan faktor umurnya 32 tahun. - AFP

LONDON – Bekas pemain Tottenham Hotspur, Jamie O’Hara mendakwa tempoh gemilang Son Heung-min bersama kelab itu sudah berakhir dan tidak lagi relevan untuk terus bermain di Liga Perdana Inggeris.

O’Hara merasakan kapten Korea Selatan itu juga sudah dimamah usia dan faktor berkenaan mungkin akan menyukarkannya untuk mengikut tempo laju sering dimainkan dalam saingan utama England.

Rentetan itu, O’Hara beranggapan adalah lebih baik Heung-min mempertimbangkan mana-mana tawaran bagi membolehkannya mendapatkan cabaran baharu khususnya dengan menyertai kelab yang bermain di liga lebih perlahan.

“Jika ada peluang yang baik, saya akan biarkan dia pergi dan saya rasa masanya sebagai pemain hebat seperti pernah ditunjukkannya sebelum ini sudah berakhir. Mungkin dia perlu pergi ke saingan liga yang lebih perlahan.

“Saya suka jika dia kekal bersama pasukan memandangkan dia sudah menabur khidmat yang cukup hebat bersama Tottenham Hotspur, namun Liga Perdana Inggeris terlalu laju buatnya.

“Dia seorang legenda buat kelab ini, namun saya tidak pasti sama ada boleh melihatnya lagi dalam pasukan atau tidak. Saya tidak fikir dia mampu melakukannya tugasnya sebaik apa yang pernah dia lakukan sebelum ini,” katanya.

Sejak menyertai pasukan, Heung-min meledak 173 gol dalam 454 perlawanan dan turut mencipta legasi besar apabila mengetuai pasukan memenangi Liga Europa musim lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI