MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun meninggal dunia dipercayai akibat didera bapa tirinya di rumah mereka di Kota Laksamana, di sini pagi tadi.
Menurut sumber, kejadian terbongkar pada pukul 9.45 pagi tadi selepas pihak polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta memaklumkan telah menerima seorang pesakit kanak-kanak perempuan dengan kesan kecederaan dipercayai didera.
“Doktor yang memeriksa mendapati mangsa mengalami patah kaki serta menemui beberapa kesan lebam di kepala dan badan mangsa.
“Pesakit kemudian disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital kira-kira pukul 9.45 pagi tadi,” katanya.
Berita lanjut menyusul. – KOSMO! ONLINE