fbpx

Lelaki bersenjata serang majlis kahwin, tembak pengantin perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan polis menjalankan siasatan di Goult, Vaucluse semalam. - AFP

PARIS – Seorang pengantin perempuan ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata semasa majlis perkahwinannya di Perancis, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku di desa Goult, Vaucluse sekitar pukul 4.30 pagi (waktu tempatan)

Mangsa cuba meninggalkan dewan bersama suami baharu dan anak lelakinya yang berumur 13 tahun sebelum terserempak dengan penyerang yang tiba dengan menaiki kereta dan mula melepaskan tembakan ke arah mereka. 

Tembakan itu mencederakan tiga individu termasuk pengantin lelaki dan anaknya, demikian menurut akhbar Le Parisien.

Semasa kejadian, pengantin lelaki cuba menyelamatkan diri dengan mengundurkan keretanya dan melanggar salah seorang penyerang.

“Seorang penyerang dipercayai maut akibat dilangar itu,” tambah akhbar itu. 

Polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mencari tiga lagi penyerang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI