fbpx

‘Polis Malaysia la terbaik di dunia tau, bukan kaleng-kaleng’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan anggota polis trafik membantu membersihkan sisa kemalangan di ibu negara, semalam.

PETALING JAYA – “Siapa cakap polis Malaysia tak baik? Polis Malaysia la yang terbaik di dunia tau, bukan kaleng-kaleng!”

Itu antara pujian orang ramai terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan tindakan beberapa anggota polis trafik membantu membersihkan sisa kemalangan yang berlaku di persimpangan Jalan Perak/Jalan P. Ramlee, petang semalam.

Tindakan pantas kedua-dua anggota itu dibuat bagi melancarkan trafik sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini membabitkan pengguna jalan raya berlaku.

Video dan ucapan penghargaan kepada mereka turut dikongsikan di laman sosial PDRM.

“Syabas dan setinggi penghargaan kepada Koperal Mohd Nasrul Bistaman dan Konstabel Muhammad Zuhairy Aziz dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur di atas keprihatinan mereka membantu membersihkan sisa kemalangan yang berlaku di persimpangan Jalan Perak/Jalan P. Ramlee, petang semalam.

“Tindakan pantas mereka bersama dua lagi rakan setugas, Koperal Muhammad Qusairy Abd. Wahab dan Konstabel Wilson Maranda serta orang awam bukan sahaja mencerminkan nilai murni dalam bertugas, malah turut membantu melancarkan aliran trafik di lokasi kejadian,” kata kenyataan itu.

Perkongsian PDRM itu meraih perhatian orang ramai yang tidak putus-putus memuji dan berterima kasih di atas segala jasa PDRM berkhidmat untuk negara.

“Tugas yang mulia. Inilah contoh terbaik, bukan sahaja pada tugas hakiki. Itulah PDRM, syabas!,” komen Azis Yacub.

“Lelaki begini dah biasa buat kerja rumah. Stok terhad ya,” ujar Adilla Tasha.

“Alhamdulillah, terbaik PDRM tak kira di mana sahaja berada. Terima kasih juga kepada wanita itu,” ucap netizen yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI