fbpx
ORANG RAMAI berarak membantan serangan AS ke atas loji nuklear Iran dalam protes di Los Angeles semalam. - AFP

Iran mahu serang pangkalan tentera Amerika 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Iran mengancam untuk menyerang pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS)di Asia Barat bagi membalas serangan udara besar-besaran Washington yang didakwa telah memusnahkan program nuklear Tehran, walaupun beberapa pegawai memberi amaran bahawa tahap kerosakan tidak jelas.

Ali Akbar Velayati yang merupakan penasihat pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata, pangkalan yang digunakan oleh tentera AS boleh diserang sebagai tindak balas.

“Mana-mana negara di rantau ini (Asia Barat) atau tempat lain yang digunakan oleh tentera Amerika untuk menyerang Iran akan dianggap sasaran sah untuk angkatan tentera kami,” katanya dalam mesej disiarkan oleh agensi berita rasmi IRNA.

Dalam perkembangan sama, Presiden Donald Trump menggesa Iran menamatkan konflik selepas beliau melancarkan serangan mengejut ke atas tapak pengayaan uranium bawah tanah utama di Fordo dan kemudahan nuklear di Isfahan serta Natanz.

“Kami mencatatkan kejayaan ketenteraan yang menakjubkan semalam (kelmarin),” katanya.

Trump secara tidak langsung menyokong perubahan kepimpinan di Iran.

“Adalah tidak betul dari segi politik untuk menggunakan istilah ‘Perubahan Rejim’,” kata  Trump di platform Truth Socialnya. 

“Tetapi jika Rejim Iran sekarang tidak dapat MENJADIKAN IRAN HEBAT SEMULA, mengapa tidak kepada Perubahan Rejim??? MIGA!!!,” katanya

Di Tehran, Presiden Masoud Pezeshkian bersumpah bahawa Amerika Syarikat akan ‘menerima balasan’ terhadap serangan tersebut. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI