fbpx

Yew Sin, Ohori sah bergelar suami isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEW SIN (kanan) dan Ohori sah bergelar suami isteri kelmarin. - JPN MELAKA

KUALA LUMPUR – Ikatan cinta antara pemain badminton profesional negara, Ong Yew Sin dan pemain Jepun, Aya Ohori akhirnya dimeterai menerusi satu perkahwinan sivil di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka kelmarin.

Majlis bersejarah yang diadakan di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian JPN Melaka itu menyaksikan pasangan tersebut mengangkat ikrar perkahwinan di hadapan Penolong Pegawai Pendaftaran, Nur Fatehah Razali dan disaksikan wakil keluarga masing-masing.

JPN menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada detik istimewa itu selain mendoakan perkahwinan pasangan tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sebagai rekod, Yew Sin yang merupakan pemain kelahiran Melaka memiliki pencapaian cukup baik dalam karier apabila pernah memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Dunia 2021 bersama gandingannya, Teo Ee Yi.

Sementara itu, Ohori pula pernah memenangi kejohanan Thailand Masters dan Terbuka Australia tahun lalu sebelum dia mengumumkan persaraan awal tahun ini.

Sebelum ini, pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan Mac lalu selepas Yew Sin melamar Ohori dalam suasana romantis dan mengumumkan berita gembira itu menerusi laman media sosialnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI