fbpx

PDRM kekal dipercayai, disegani di bawah pimpinan Mohd. Khalid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan tahniah yang dikongsikan Ahmad Zahid di Facebook beliau hari ini.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan keyakinan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus kekal sebagai sebuah institusi yang dipercayai dan disegani di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail.

Dalam satu kenyataan rasmi, Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada Mohd. Khalid atas pelantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara Ke-15, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang menamatkan perkhidmatan.

“Dengan latar belakang kepimpinan yang cemerlang termasuk sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman serta pelbagai jawatan strategik sejak 2018, saya yakin beliau akan membawa pendekatan yang menyeluruh dan progresif dalam memelihara keselamatan negara serta ketenteraman awam.

“Insya-Allah, di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd. Khalid, saya percaya PDRM akan terus kekal sebagai institusi yang dipercayai rakyat serta disegani kawan dan lawan,” katanya.

Ahmad Zahid turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Razarudin atas segala jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang memimpin pasukan polis negara.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Razarudin Husain atas segala jasa dan khidmat bakti beliau sepanjang menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Negara. Sumbangan beliau akan sentiasa dikenang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI