fbpx

Lelaki diberkas lepaskan tembakan bergaduh dengan kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MELAKA – Seorang peniaga pakaian diberkas polis selepas disyaki melepaskan tembakan menggunakan pistol angin dalam pergaduhan di Jalan Johor, Semabok, pada awal bulan ini.

Suspek berusia 35 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Puchong, Selangor pada 17 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, penahanan itu dibuat susulan laporan polis diterima pada 8 Jun berhubung insiden tembakan tersebut.

“Hasil risikan dijalankan polis berjaya menangkap suspek dan merampas sebuah beg warna hitam mengandungi beberapa barangan termasuk objek menyerupai pistol warna perak hitam tertera tulisan Pietro Beretta Gardone V.T.

“Turut dirampas, satu kelopak bertulisan WE, satu unit speed loader, dan 30 butir peluru bebola besi (ball bearing),” katanya kepada pemberita hari ini.

Difahamkan, insiden tembakan itu berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dengan rakannya, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Menurut beliau, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 23 Jun ini bagi membantu siasatan lanjut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI