fbpx

CWC: Messi belum hilang bisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI meledak gol kemenangan Inter Miami menerusi sepakan percuma menarik ketika menewaskan Porto awal pagi semalam. - AFP

ATLANTA – Kapten Inter Miami, Lionel Messi teruja apabila muncul wira untuk membantu pasukan kejutan menang 2-1 ke atas kelab Eropah, Porto dalam aksi kedua Kumpulan A saingan Piala Dunia Kelab awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Stadium Mercedes Benz itu, Porto terlebih dahulu mendahului menerusi penyudah Samu Aghehowa sebelum Inter bangkit meraih tiga mata hasil rembatan tepat Telasco Segovia dan Messi.

Messi yang juga pemenang Ballon d’Or lapan kali mengakui teruja dapat memastikan impian pasukan untuk lolos ke pusingan kalah mati semakin cerah hasil kemenangan yang diraih kali ini.

“Saya rasa pujian wajar diberikan kepada semua pemain yang bekerja keras sepanjang perlawanan.

“Kita telah buktikan bahawa pasukan mampu bersaing dengan kelab hebat seperti Porto. Meskipun kita dianggap bukan pilihan, pemain masih berjaya pamerkan kekuatan untuk melakar kemenangan,” kata Messi.

Sementara itu, penyerang Miami, Fafa Picault tidak terkejut sepakan percuma yang diambil Messi berjaya melepasi benteng lawan sekali gus menerjah jaring untuk jaringan kemenangan.

“Ia adalah gol yang menarik daripada Messi. Kami langsung tidak terkejut kerana dia masih lagi boleh dianggap sebagai pemain terbaik di dunia ketika ini,” katanya.

Keputusan tersebut menyaksikan Miami berkongsi empat mata sebagai pendahulu Kumpulan A bersama Palmeiras yang turut berjaya menewaskan Al Ahly 2-0 semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI