fbpx
Mohd. Asrol (dua dari kiri) memegang ikan pari yang dipancingnya di Pantai Kemayang, Bachok semalam. – TOREK SULONG

Berbaloi, umpan RM1 dapat pari 26kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Seorang kaki pancing tidak menyangka umpan seekor udang hidup yang dibeli pada harga RM1 berjaya ‘memikat’ seekor ikan pari seberat 26 kilogram (kg) di Pantai Kemayang, di sini semalam.

Mohd. Asrol Kadir, 26, berkata, dia yang memancing bersama lapan rakannya seawal pukul 7 pagi bernasib baik apabila ikan pari gergasi itu menyambar um­pannya tiga jam kemudian.

Menurutnya, dia mengambil masa lebih dua bermain tali sebelum berjaya menarik ikan berkenaan ke arah tebing dengan bantuan rakan-rakannya.

“Pari sebesar ini memang sukar untuk didaratkan seorang diri. Saya berlari ke daratan sambil mengawal tali pancing, manakala rakan-rakan membantu mencangkuk dan menarik ekor ikan itu di gigi air.

“Akhirnya ia berjaya dinaikkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Tambahnya, hasil tangkapan tersebut dijual kepada seorang pembeli dengan harga RM260.

“Memancing memang hobi saya, tapi kalau ada rezeki ­seperti ini, ia secara tidak langsung memberi pendapatan sampingan yang sangat berbaloi. Cuaca panas bukan alasan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN