fbpx
Bot yang ditahan selepas membawa penumpang berlebihan.

Padah tamak bawa penumpang berlebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Tindakan sebuah bot membawa lebihan penumpang dipercayai bagi mengejar keuntungan membawa padah apabila ditahan di kedudukan sekitar 0.2 batu nautika Selatan Tanjung Harapan, di sini semalam.

Penahanan itu dilakukan kira-kira pukul 5.30 petang dan ketika kejadian, bot tersebut membawa 40 penumpang berbanding had dibenarkan hanya 32 orang.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, siasatan mendapati bot terbabit dalam perjalanan ke Jeti Pulau Ketam dari jeti Pelabuhan Klang.

Katanya, bot berkenaan dikendalikan oleh seorang nakhoda dan seorang kru warga tempatan itu berusia 23 dan 26 tahun.

“Bot penumpang, nakhoda dan seorang kru dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. Kes disiasat bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI