fbpx

Guru tadika Islam P. Pinang terima kenaikan elaun bulanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad.

GEORGE TOWN – Seramai 40 guru dan 21 pembantu Tadika Islam (TADIS) Pulau Pinang bakal menikmati kenaikan elaun bulanan bermula bulan ini sebagai penghargaan atas khidmat mereka dalam mendidik anak-anak di peringkat awal usia.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, para guru akan menerima kenaikan sebanyak RM400 menjadikan elaun bulanan mereka RM1,400, manakala pembantu pula menerima kenaikan RM200 menjadikan elaun RM1,000 sebulan.

“Kenaikan ini akan memberi manfaat kepada 61 tenaga pengajar TADIS yang berkhidmat mendidik 874 murid di seluruh Pulau Pinang,” katanya semalam.

Menurut beliau, ini merupakan kali pertama kursus tahunan guru TADIS diadakan di luar Pulau Pinang sebagai sebahagian usaha memperkasa pendidikan awal kanak-kanak Islam di negeri ini.

“Langkah ini juga bertepatan dengan penjenamaan semula Tadika Islam Mutiara Madani (TIMM) yang diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Tahun 2025.

“Sebanyak 30 TIMM disasarkan untuk diwujudkan tahun ini, di samping komitmen jangka panjang MAINPP dalam pembangunan pendidikan awal Islam melalui peruntukan RM10.7 juta bagi tempoh lima tahun sehingga 2029,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad turut mengumumkan tawaran biasiswa kepada guru TADIS untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma secara percuma di Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI