fbpx

Tekong, perejam kebangsaan perkuat Terengganu Turtles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU ZAIHAN (empat dari kanan) bersama barisan kejurulatihan dan pemain Terengganu Turtles pada majlis di Kuala Terengganu semalam.

PASUKAN sepak takraw, Terengganu Turtles menyasar menamatkan saingan Liga Sepak Takraw (STL) Malaysia musim ini sekurang-kurangnya di tempat ketiga keseluruhan.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman berkata, sasaran itu mampu dicapai berdasarkan prestasi musim lalu dan kekuatan barisan pemain sedia ada.

“Terengganu Turtles akan dikemudi ketua jurulatih, Mohd. Faisal Muhamad dan penolongnya, Muhammad Aidil Haikal Ghani.

“Kita mempertaruhkan dua pemain kebangsaan iaitu Muhammad Zulkifli Razak (tekong) dan Muhammad Khairul Aman Mohd Rosdi (perejam).

“Musim lalu tanpa sasaran khusus, kita hampir berjaya menamatkan saingan di tempat keempat sebelum terpaksa berpuas hati di tangga kelima.

“Kali ini dengan gabungan pemain muda dan berpengalaman serta kehadiran seorang import, kita optimis sekurang-kurangnya kedudukan tiga teratas, ” katanya pada majlis memperkenalkan pasukan di Kuala Terengganu semalam.

Tengku Zaihan berkata, Terengganu Turtle turut diperkuatkan dengan perejam import dari Thailand, Kittipong Jaibon selain mengekalkan dua pemain utama musim lalu, Muhammad Zulhusni Basri dan Muhammad Afif Jazimin Zainal Abidin.

Tekong skuad Malaysia B, Muhammad Amar Roslan dan bekas perejam Melaka Titans, Mohd. Khairol Zaman Hamir Akhbar turut dibawa masuk memperkasakan Terengganu.

Terengganu Turtles diundi dalam Kumpulan B bersama juara Divisyen Satu, Melaka Titans dan juara bertahan, Negeri Sembilan Antlers pada Grand Prix pertama STL di Stadium Tertutup Gong Badak dari 17 hingga 21 Jun ini.

Bagi mencapai sasaran tersebut, Terengganu Turtles perlu muncul juara sekurang-kurangnya dua daripada enam siri Grand Prix dan kini mengharapkan kejayaan di laman sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI