PETALING JAYA – Kreativiti seorang suami mencuri perhatian ramai apabila berjaya menghilangkan kedutan pada baju menggunakan plastik berisi air panas, selepas dia dan isterinya terlupa membawa seterika semasa bercuti.
Menerusi satu hantaran di TikTok milik @Hnyy55, wanita itu berkongsi gelagat suaminya yang menggunakan plastik berisi air panas sebagai alternatif menggantikan seterika.
“Kalau isterinya kira nak pergi beli seterika baharu sahaja,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lebih mengejutkan, kaedah tersebut nyata berkesan apabila kedutan pada baju berkenaan kelihatan hilang hampir sepenuhnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dan terhibur dengan tindakan kreatif suami berkenaan.
“Ini masanya lelaki boleh rasa terpaling ‘function’ (berguna) dan hebat. Hidup ketua keluarga,” kata @Exrosarian.
“Kalau ‘iron’ (seterika) pagi raya.. orang dah balik sambung raya belum tentu siap,” seloroh @Wanabdullah163.
“Nasib jadi, kalau tak mesti tidur luar,” komen @Miyy. – KOSMO! ONLINE
@hnyy55 Klau bininya Kira nakpi beli iron bru jaaa😂😂#fypage#fypシ゚viral🖤tiktok ♬ suara asli – Sound MeMe