fbpx

Nahas UPSI: Perodua Alza berpusing sebelum masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad (kanan) ketika melawat Mohd Lutfi di Hospital Baling, hari ini.

BALING – Kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki empat beranak dikatakan berpusing beberapa kali sebelum terbabas ke dalam longkang selepas dilanggar bas membawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak awal pagi semalam.

Situasi cemas itu diceritakan sendiri pemandu Perodua Alza, Mohd Lutfi Radzi, 37, kepada Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria, hari ini.

Menurut Mansor, mangsa yang juga seorang guru itu memaklumkan ketika kejadian MPV dipandu berada di hadapan bas tersebut.

“MPV berada di hadapan bas dan telah dilanggar dari belakang sehingga menyebabkan kenderaan berpusing beberapa kali sebelum terjatuh ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

“Di sebelah kanan jalan ada gaung dan mangsa andaikan bas tersebut sedang bergerak laju,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, katanya, isteri dan anak sulung pemandu terbabit masih dirawat di Hospital Baling.

“Keadaan Mohd Lutfi beransur pulih, begitu juga anak bongsunya berusia dua tahun yang tiada kesan luka pada badan.

“Walaupun kedua-duanya sudah dibenarkan pulang ke rumah semalam, tetapi mereka masih berada di wad bagi membolehkan Mohd Lutfi menemani isteri yang mengalami patah tulang rusuk kiri dan anak perempuan berusia enam tahun yang patah paha kanan,” ujarnya.

Tambahnya, wanita terbabit juga mengalami kesukaran untuk bernafas.

Dalam insiden awal pagi semalam, seramai 15 penuntut UPSI terkorban dan tujuh parah apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI