fbpx

Nahas UPSI: Impak besi penghadang antara perkara disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara petugas yang berada di kilometer 53 JRTB Gerik-Jeli hari ini bagi menyiasat dan mengumpul bukti kemalangan yang menyebabkan 15 pelajar UPSI kehilangan nyawa semalam. - Foto FADZIL ZAINOL

GERIK – Lebih 30 anggota serta petugas pelbagai jabatan dan agensi kerajaan berada di kilometer 53 Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli bagi menyiasat kemalangan bas yang mengorbankan 15 nyawa.

Antara terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Kerja Raya (JKR), Puspakom, Jabatan Kimia dan Institut Keselamatan Jalan Raya (Miros).

Difahamkan hasil pengumpulan bukti dan maklumat, satu simulasi termasuk berbentuk Tiga Dimensi (3D) akan dibangunkan untuk menilai kemalangan tersebut.

Operasi siasatan itu turut melibatkan penggunaan dron untuk mendapat gambaran penuh atau pemetaan (mapping) kemalangan.

Seorang petugas berkata, antara sudut teknikal yang akan dikenal pasti ialah keadaan bas sama ada berfungsi secara baik atau tidak, serta jarak kemalangan.

Malah dikatakan, siasatan juga akan tertumpu kepada impak kewujudan besi pengadang tepi jalan yang dilihat menembusi bas dalam tragedi tersebut serta keadaan jalan raya.

“Memandangkan kes kemalangan ini berprofil tinggi, ia akan disiapkan sebaik mungkin. Siasatan akan meliputi pelbagai aspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Berkenaan video tular yang menunjukkan bas itu terbabas selepas memotong sebuah kenderaan, katanya, siasatan akan dibuat secara menyeluruh dan tidak bergantung kepada video itu sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI