fbpx

Hujan lebat, ribut landa Perak, Kedah, Terengganu hingga lewat malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di enam negeri sehingga pukul 11 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka melanda Kedah melibatkan daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Di Perak hanya tertumpu sekitar Hulu Perak, manakala bagi negeri Pahang pula antara kawasan dijangka terjejas adalah di Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Cuaca buruk turut dijangka melanda Sarawak meliputi kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei) dan Bintulu (Tatau dan Sebauh). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI