JAKARTA – Penduduk di Klaten, wilayah Jawa Tengah terkejut apabila seekor lembu tiba-tiba berdiri meskipun telah disembelih, lapor portal berita Detik News semalam.
Kejadian dirakam di Desa Bentangan dekart daerah Wonosari.
Rakaman dimuat naik platform Instagram oleh akaun @klaten_24jam memaparkan lembu sado itu tiba-tiba bangun selepas terbaring di tepi sebatang pokok.
Orang ramai mula menjerit ketakutan dan menjauhkan diri mereka daripada haiwan itu.
Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Sudadi, ibadah korban pada tahun ini ditangani oleh warga setempat dan bukannya pakar.
“Dulu, kita bayar orang untuk sembelih haiwan. Sekarang, kita sembelih sendiri untuk belajar. Lembu itu berdiri selama 15 minit dan tidak sempat lari,” kata Sudadi.
Rakaman itu mencatatkan lebih 131,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Tukang sembelih kurang pengalaman,” kata seorang netizen. – AGENSI