PETALING JAYA – Disebabkan tidak sempat untuk memakai tudung, tikar rumah dijadikan alat untuk menutup aurat daripada dilihat abang ipar.
Menerusi hantaran di platform TikTok milik @Hdyhak, tiga orang wanita dilihat menutup separuh badan mereka menggunakan tikar untuk menghalang pandangan abang ipar.
Dalam video tersebut, kedengaran juga suasana riuh yang penuh dengan gelak ketawa disebabkan kelakuan mereka.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi ditinggalkan oleh netizen.
“Benda ni nampak simple tapi tak semua keluarga boleh buat macamni,” kata @Preloveduniversal
“Ingat nak tarian singa. Rasanya raya cina lama lagi. Awal training,” seloroh @Rwhybae.
“Untung jugak aku adik beradik semua lelaki,” komen @Username5492020574202. – KOSMO! ONLINE.
@hdyhak Tikar pun boleh lah 🤣 @Nrath @Nadiah @alya @🌕 ♬ Funny – Gold-Tiger