fbpx

Gadis pura-pura mati demi ‘content’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis itu diselimut kain sambil menutup mata untuk berpura-pura meninggal dunia. - Instagram

JAKARTA – Seorang penghasil kandungan di Indonesia menerima kecaman ramai apabila berpura-pura meninggal dunia untuk meraih perhatian, lapor portal berita Pos Kupang semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @viralkupang.ntt menunjukkan gadis itu terlantar di atas tikar sambil menutup kedua-dua mata. 

Dia diselimut dengan kain pelekat, manakala kedua-dua hidungnya disumbat dengan tisu. 

Hantaran tersebut bagaimanapun dipadam selepas lima jam.

Gadis berkenaan kemudian tampil memohon maaf sambil menjelaskan bahawa perbuatan itu hanya sekadar ‘content’. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 83,400 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Tuhan tarik nyawa betul-betul baru tahu,” kata seorang netizen. 

“Manusia diberi peluang hidup tidak bersyukur,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI