fbpx

Wanita jumpa wang lebih RM1 juta dalam kotak di tempat buang sampah  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak misteri berisi wang tunai ditemui dari tempat pembuangan sampah. - Matichon

BANGKOK – Seorang wanita terkejut menemui wang tunai 12 juta baht (RM1.5 juta) di dalam sebuah kotak yang diambil dari tempat pembuangan sampah pangsapurinya, portal berita Must Share News. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 7.40 malam (waktu tempatan) di wilayah Nonthaburi kelmarin. 

Wanita tidak didedahkan namanya itu dilaporkan ternampak sebuah kotak plastik berwarna kelabu semasa dalam perjalanan pulang ke pangsapurinya. 

Wanita terbabit mengambil kotak itu tanpa ragu kerana sudah lama mahukan kotak simpanan yang besar. 

Dia bagaimanapun terkejut apabila kotak tersebut berisi wang tunai yang banyak dan segera menghubungi polis. 

Siasatan awal mendapati kotak itu berisi wang kertas bernominasi 1,000 baht (RM131) dengan jumlah keseluruhan 12 juta baht. 

Bukan itu sahaja, beberapa dokumen potongan cukai serta sampul surat berkait dengan Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Kebangsaan (NBTC) Thailand turut ditemui. 

Polis telah mengenal pasti individu yang dinamakan dalam dokumen tersebut dan memanggilnya untuk disoal siasat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI