fbpx

Cadangan cuti kahwin sehingga 25 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita melihat gaun perkahwinannya di sebuah kedai di Luliang. - Foto AFP

BEIJING – Pihak berkuasa kesihatan di wilayah Sichuan, barat daya China mencadangkan supaya cuti perkahwinan dilanjutkan selama 25 hari, lapor portal berita VNExpress semalam.

Pihak berkuasa berkenaan juga mengusulkan cuti bersalin diberikan sehingga 150 hari untuk membantu mewujudkan masyarakat mesra kesuburan dalam usaha meningkatkan populasi negara China.

Saranan tersebut dikemukakan ketika Beijing bergelut untuk meningkatkan kadar kelahiran dalam negara ekonomi kedua terbesar dunia itu. 

Statistik terbaru menunjukkan populasi China menurun untuk tahun ketiga berturut-turut.

Kos penjagaan kanak-kanak dan pendidikan yang mahal di samping ketidaktentuan pekerjaan serta ekonomi merupakan faktor menyumbang kepada kadar kelahiran rendah.

Ia juga menyebabkan ramai anak muda Cina enggan berkahwin dan membina keluarga.

Penduduk China berjumlah 1.4 bilion menjelang akhir tahun lalu, kata Biro Perangkaan Kebangsaan Beijing, susut daripada 1.41 bilion pada 2023. – AGENSI/AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI