fbpx

Meriah lebuh raya, ramai balik kampung ‘last minute’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan sesak di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan iaitu dari Nilai menghala ke Seremban pada malam ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik perlahan di tiga lebuh raya utama pada malam ini, susulan pertambahan kenderaan warga kota mahu pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) pada laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati, kenderaan berpusu-pusu di beberapa tempat di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan dan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Pantai Timur.

Bagi Lebuh Raya Utara-Selatan, kesesakan dilihat berlaku di Nilai menghala ke Seremban, Negeri Sembilan di Kilometer (KM) 281.7 setakat pukul 11.36 malam ini.

Kesesakan boleh dilihat pada rakaman CCTV Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara iaitu di Sungai Buloh KM456.4 menghala ke arah utara.

Bagi laluan ke arah Pantai Timur iaitu di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, kesesakan boleh dilihat di jalan menghala Plaza Tol Gombak pada malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI