fbpx

Solat hajat mohon kesucian agama Islam di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Semua masjid dan surau yang dibenarkan solat Jumaat di Selangor dikehendaki menunaikan solat sunat hajat memohon kesucian agama Islam di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, solat hajat selepas solat Jumaat pada hari ini dan 13 Jun adalah susulan Pertubuhan Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia) telah membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mencabar keabsahan fatwa yang telah diwartakan pada 17 Julai 2014.

Katanya, kes rayuan itu akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan pada 19 Jun depan.

Berdasarkan fatwa itu, mengisytiharkan SIS sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

“Semua pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat adalah dikehendaki menunaikan solat sunat hajat selepas selesai melaksanakan Solat Jumaat pada 6 (hari ini) dan 13 Jun sebagaimana dititahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Ini bagi memohon agar Allah terus memelihara kesucian agama Islam di negeri ini dan memberikan kebaikan serta pertolonganNYA kepada Mahkamah Persekutuan dalam membuat keputusan mengenai rayuan berkenaan,” katanya hari ini.

SIS sebelum ini gagal dalam rayuan di Mahkamah Tinggi pada 2020 dan Mahkamah Rayuan pada 14 Mac 2023 dalam mencabar fatwa itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI