fbpx
Keadaan trafik di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Sungai Besi, pagi ini.

Plaza Tol Gombak masih sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) masih dilaporkan perlahan, pagi ini susulan warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, yang berbaki sehari sahaja lagi.

Televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) sekitar pukul 11 pagi menunjukkan berlaku kesesakan dari arah Gombak menghala ke arah Pantai Timur.

Dalam pada itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan ke arah selatan menunjukkan lalu lintas sedikit perlahan di laluan Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar.

Sementara itu, bagi laluan menuju utara pula, trafik masih lancar meskipun terdapat penambahan kenderaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN