fbpx

Polis mungkin siasat ahli keluarga pemilik spa parah disimbah asid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian seorang wanita yang juga pemilik spa cedera parah selepas disimbah asid di Bachok baru-baru ini.

KOTA BHARU – Polis tidak menolak kemungkinan akan menyiasat ahli keluarga kepada pemilik spa yang parah disimbah asid dalam kejadian di Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini pada bulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan lanjut kes itu masih dijalankan untuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes kejadian tersebut.

“Siasatan kita terarah ke arah itu (menyiasat ahli keluarga mangsa). Motif sebenar kejadian itu masih dalam siasatan polis.

“Buat masa ini, kita sedang menunggu laporan kimia penemuan tiga cap jari yang ditemui di lokasi kejadian,”katanya pada sidang akhbar selepas Program Townhall Ketua Polis Kelantan, Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian tidak mempunyai sebarang petunjuk yang boleh membantu siasatan.

Menurutnya, nombor pendaftaran kereta yang dinaiki suspek juga tidak kelihatan melalui rakaman CCTV.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang pemilik spa dan salun kecantikan parah selepas diserang empat ‘pelanggan’ termasuk tiga wanita berpurdah dengan cecair asid ketika berada di premisnya di pekan Beris Kubur Besar di sini pada 17 Mei lalu.

Kejadian kira-kira pukul 8.40 malam itu menyebabkan mangsa, Nor Faziera Muda, 27, mengalami kecederaan parah pada lengan kanan dan belakang badan.

Sepanjang tempoh dua minggu siasatan, dua suspek termasuk seorang wanita yang bekerja di sebuah kilang getah di Kuala Krai ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek itu dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan analisis Jabatan Kimia selepas polis mengambil sampel asid di kilang tempat mereka bekerja. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI