fbpx

Pangkat Datuk, Tan Sri bukan untuk dijual beli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

PETALING JAYA – Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa darjah kebesaran dan pingat yang dikurniakan tidak seharusnya dilobi atau dibeli, sebaliknya diberikan hanya kepada individu yang benar-benar layak atas jasa dan khidmat bakti mereka kepada negara.

Titah baginda, penganugerahan pangkat seperti Datuk dan Tan Sri bukan sesuatu yang boleh dijadikan komoditi untuk dijual beli.

“Pangkat Datuk dan Tan Sri bukan untuk dibeli. Kalau ada yang banyak sangat duit, buatlah amal jariah bantu orang miskin,” titah baginda.

“Mengikut telek pandang saya, hanya individu yang telah lama berkhidmat dan berjasa kepada kerajaan, atau yang telah mengharumkan nama negara, wajar untuk diperkenankan.

“Memang setiap tahun tidak banyak yang melepasi syarat tersebut. Walaupun ada pihak yang melobi, saya tidak akan layan,” titah baginda. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI