fbpx

Perpaduan hadiah paling bermakna kepada saya – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baginda bertitah sempena Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan pada Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini bertitah bahawa perpaduan rakyat merupakan hadiah paling bermakna buat baginda selaku Ketua Negara.

Baginda turut menyeru rakyat Malaysia agar menghadiahkan semangat perpaduan yang utuh sebagai tanda kasih dan setia kepada institusi diraja, sekali gus mengingatkan ancaman perpecahan yang kini kian menular dalam masyarakat.

“Saya pernah sebutkan dulu, ada satu virus yang akan melanda negara kita. Sekarang kita nampak virus ini telah mula menular dan tidak boleh diubati,” titah baginda sempena Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bersempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda di Istana Negara, hari ini.

Sultan Ibrahim turut memberi peringatan tegas kepada ahli politik supaya tidak mempermainkan isu sensitif yang boleh mencetuskan perpecahan serta menjejaskan kestabilan negara.

“Apabila wujud lagi banyak parti politik atau kem dalam parti, maka rakyat akan lebih berpecah-belah dan benci-membenci di antara satu sama lain,” titah baginda lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI