fbpx

Jemaah kelima meninggal dunia di Mekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALLAHYARHAM MISNAN (gambar kecil) menjadi jemaah haji Malaysia kelima meninggal dunia di Mekah.

MEKAH – Seorang lelaki dari Johor Bahru menjadi jemaah haji kelima Malaysia yang meninggal dunia di Mekah akibat serangan jantung selepas menerima rawatan di Hospital King Abdul Aziz di sini hari ini.

Mangsa, Misnan Ahmad, 60, yang menaiki penerbangan KT46 di maktab Bangunan Diary Al Saad dilaporkan meninggal dunia pada pukul 7.50 pagi waktu tempatan di hospital.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, Tabung Haji (TH) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan jenazah akan diuruskan sebaik-baiknya.

“Isteri Allahyarham turut berada di bangunan maktab penginapan berkenaan dan sebab kematian adalah berpunca serangan jantung. Kita jangkakan jenazah akan dikebumikan hari ini juga.

“TH akan menyerahkan khairat kematian kepada waris, dan akan melaksanakan badal haji untuk semua arwah tersebut pada musim haji ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat TH, Abraj Al Janadriyah, di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI