fbpx

‘Ais krim’ darah bekalan musim panas haiwan di zoo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Mohd. Jafni Md. Shukor (kiri) meninjau sangkar burung semasa melakukan lawatan kerja ke Zoo Johor sebagai persediaan sambutan Tahun Melawat Johor 2026.

JOHOR BAHRU – Zoo Johor telah mengambil beberapa langkah bagi melindungi haiwan-haiwan yang kini berdepan gelombang haba panas, termasuklah menyediakan ais krim darah dan buah-buahan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, itu merupakan usaha dibuat bagi memastikan haiwan-haiwan mendapat sumber makanan mencukupi sepanjang tempoh ini.

Selain itu katanya, pihak zoo juga memastikan bekalan air bersih mencukupi buat haiwan menyejukkan diri, khususnya bagi tapir Malaya, harimau, badak air dan buaya.

“Haiwan pemangsa diberi ketulan ais diperbuat daripada darah, manakala spesies pemakan buah pula menikmati aiskrim buah yang disediakan penjaga zoo.

“Pemberian makanan ini membantu haiwan untuk kekal sejuk sambil memastikan mereka aktif dan sihat daripada segi mental sepanjang berada dalam kurungan,” katanya kepada pemberita.

Tambah beliau, paras air di kolam takungan setiap haiwan diperiksa secara berkala bagi memastikan setiap haiwan mendapat akses mencukupi terhadap bekalan air bersih.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI