fbpx

[VIDEO] Kalau treler laju sikit 10 saat…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan sekumpulan penunggang motosikal berlumba sebelum salah seorang daripada mereka terjatuh dan hampir dilanggar sebuah treler.

PETALING JAYA — Nyawa dua penunggang motosikal masih panjang apabila sebuah treler sempat mengelak daripada menggilis kedua-dua mereka yang terjatuh atas jalan raya.

Insiden cemas itu dikongsikan pengguna Facebook @Syafiqaummfs menerusi satu video yang memaparkan sekumpulan enam lelaki menunggang motosikal secara berbahaya di jalan raya yang tidak diketahui lokasinya.

Dalam video sama, dua buah motosikal dipercayai bergesel menyebabkan penunggangnya terjatuh atas jalan.

Seorang penunggang motosikal terjatuh di lorong kiri, manakala seorang lagi berada berhampiran garisan putih di bahagian tengah.

Turut kelihatan sebuah treler berada di lorong kiri, namun tindakan pantas pemandu kenderaan berat tersebut menukar lorong menyelamatkan nyawa kedua-dua penunggang motosikal berkenaan.

“Beringatlah kalau nak berlumba pun, sayanglah nyawa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Kejadian itu turut disaksikan pemandu lori yang membawa lembu dan beberapa orang awam yang turut membantu mangsa yang terjatuh.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab kumpulan penunggang motosikal terbabit.

“Buat hal, kalau dah masuk bawah treler tak pasal pemandu kena tuduh macam-macam, turun naik mahkamah menyusahkan orang lain,” kata @Muhammaddnabeel.

“Kalau treler laju sikit 10 saat, memang kena langgar,” ujar @Yusmerbok.

“Nasib baik pemandu treler tukar laluan, kalau lorong kanan ada kereta, jawabnya treler itu sodok sahaja,” kata @Siesamjie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI