SEPANG – Penerbangan terakhir jemaah haji ke Tanah Suci adalah pada 1 Jun ini membabitkan seramai 350 jemaah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, jemaah terakhir itu akan berlepas menerusi penerbangan KT101.
Beliau berkata, setakat hari ini, seramai 29,000 jemaah Malaysia sudah berada di Tanah Suci dan masih ada 2,000 lagi jemaah belum berlepas.
“Jadi maknanya, daripada 31,600 jemaah yang terpilih, hampir 29,000 jemaah telah berada di di Tanah Suci,” katanya.
Turut mengiringi Mohd. Na’im ke Tanah Suci adalah isterinya, Datin Nik Roslini Raja Ismail serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan isteri, Puan Sri Maheran Jamil.
Katanya, beliau dan Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain juga akan menyertai Simposium Haji Perdana ke-49 yang dianjurkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi. – KOSMO! ONLINE