fbpx

Sultan Hassanal Bolkiah masuk IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Hassanal Bolkiah. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini akibat keletihan.

Perkara itu disahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

“Sultan Brunei alami keletihan dan sedang berehat di IJN,” katanya pada sidang akhbar sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Terdahulu, Sultan Brunei berkenan berangkat ke beberapa persidangan di ibu negara sejak semalam bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Persidangan Kemuncak ASEAN-GCC-China, sekali gus mengukuhkan komitmen Brunei terhadap kerjasama serantau. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI