fbpx

‘Scammer’ doa depan Kaabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki dipercayai berbangsa Arab sedang mengambil gambar kertas bertuliskan doa-doa berlatar belakangkan bingkai gambar Kaabah.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dipercayai berbangsa Arab tular selepas rakaman tangkap layar memaparkan dia sedang merakam gambar kertas senarai doa daripada pihak yang tidak ketahui berlatarbelakangkan bingkai gambar Kaabah.

Menurusi hantaran di aplikasi Threads, @1alwardi menyatakan khidmat tolong berdoa layak disebut sebagai ‘valet doa’ atau digelar pengeksploitasi agama.

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen berpandangan khidmat mengirim doa ini wujud kerana masyarakat sudah dibiasakan untuk mengupah pembaca tahlil dan talkin untuk membaca permintaan mereka.

“Berdoa tidak semestinya di depan Kaabah, di mana-mana sahaja boleh dilakukan,” kata @Ramshadom.

“Masalahnya ada orang bayar (upah) golongan yang buat servis tersebut, tetapi kenapa harus dikenakan bayaran untuk tolong mendoakan seseorang yang berada di Tanah Suci, sedangkan kita boleh berdoa di mana-mana tempat,” balas @Tokizikashi_.

“Semasa saya mengerjakan haji, saya pernah nampak golongan ‘scammer’ ini. Dia berhenti di mataf dan buat macam lelaki Arab itu lakukan. Ambil gambar doa berlatarkan Kaabah, tetapi saya tertanya-tanya berapa caj dikenakan untuk servis ini,” kata @Rena_min. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI