fbpx

Selangor mohon 10 peratus tanah kubur Hulu Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor memohon 10 peratus daripada kawasan tanah perkuburan Islam di Hulu Semenyih, Selangor milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dibuka kepada penduduk tempatan yang berhasrat dikebumikan di kawasan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, usaha itu diharap dapat menyelesaikan isu pengurusan tanah perkuburan di bawah pentadbiran Persekutuan tetapi terletak berhampiran kawasan kediaman penduduk.

Katanya, perkara itu turut dibincangkan dalam pertemuan beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa semalam.

“Kita perlu selesaikan urusan pengurusan perkuburan itu terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui selepas Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini.

Tapak perkuburan seluas hampir 90 hektar itu dijangka bertahan hingga enam tahun sebelum semua lot penuh.

Amirudin berkata, langkah itu diharap dapat membantu mengurangkan tekanan dan kesesakan di tanah-tanah perkuburan lain sedia ada terutama di kawasan kepadatan penduduk tinggi.

“Walaupun kawasan itu milik PTP, kita mohon supaya sedikit ruang diberikan kepada penduduk setempat demi kemudahan mereka dan pihak berkenaan memberikan maklum balas positif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI