fbpx

‘Rider’ dihukum tekan tubi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua ‘rider’ itu melakukan tekan tubi secara bergilir di Jakarta semalam. - TikTok

JAKARTA – Dua penunggang motosikal e-hailing dihukum melakukan tekan tubi selepas ditangkap menunggang memintas konvoi Perdana Menteri China, Li Qiang di Indonesia, lapor portal berita INews semalam. 

Kejadian berlaku berhampiran  Istana Merdeka, Jakarta semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @lensaberitajakarta menunjukkan dua lelaki itu melakukan tekan tubi secara bergilir-gilir  di hadapan bendera Indonesia dan China. 

Mereka dihukum kerana meneruskan perjalanan ketika laluan tersebut digunakan konvoi Qiang untuk menuju ke Istana Merdeka. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Hukuman yang bagus! Kalau disaman, polis yang untung!” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI